Tak tertahan lagi rasanya. Tak sanggup rasanya. Nak melangkahkan kaki ke kelas QMT 350. Bukan kerana subject killer yang digembar gemburkan oleh semua orang. Tapi... Ya Allah, masalah yang sama. Bilalah nak selesai. Dah penat rasanya. Dah tak larat nak hadapi lagi. Letih letih!
Walaupun aku tahu aku harus kuat untuk hadapinya. Demi masa depanku. Demi untuk agamaku. Bangsaku. Keluargaku.
Tabahlah wahai hati. Kuatkan dirimu. Jangan kerana masalah yang sedikit ini kamu mudah goyah. Kuatkan semangatmu. Kuatkan imanmu. Jangan nanti kerana masalah yang sedikit ini mennyebabkan kamu tinggal lama lagi di sini. Bersabarlah. Bersabarlah. Lagi dua semester saja lagi. Tumpukan perhatianmu pada pelajaran. Belajar! Belajar! Belajar! Ingat janjimu pada Ayah. Ya Allah, bantulah aku. Redhailah kehidupan ku, Ya Rabb. Amin Ya Rabb.
![]() |
![]() |
La Tahzan..
No comments:
Post a Comment