Friday, December 31, 2010

KetibaanKU Di Perak

Hari ni, pukul 9 lebih tadi bertolak dari Melaka ke Perak. Dalam pukul 2 tadi tiba di Perak. Check in dekat Homestay Taman Maju. Kemudian saya pergi hantar BARANG-BARANG saya di Kolej Pasir Salak. Barang-barang tu memang perlu di caps lock kan sebab barang saya macam boleh muat satu lori. Dengan berat nya tak payah cakap lah haha

Ketibaan saya di sana disambut oleh pak guard yang tersenyum gembira saya telah pulang (perlu ke weyh??). Dan suasana kolej tadi sangat lengang macam saya sorang je manusia kat situ. Nasib baik ada mak dan ayah hehe Saya lihat ada sesutau yang baru di situ, yang sangat tak perlu kot nak mention kat sini haha Tapi nak tulis pun boleh. Iaitu pihak kolej telah menggantikan kain langsir yang baru untuk bilik saya (semua orang pun dapat kottt)

Lepas je berpenat lelah dan peluh telah merembes keluar seperti air terjun dan telah membasahi baju terutama di bahagian iteww hehe, kami pulang ke Homestay. Masa tiba tu ada satu kereta jiran di depan pagar Homestay tu, so ayah tak dapat nak perking kat dalam la. Kebetulan jiran tu tengah borak dengan jiran sebelah tu, nampak kami nak masuk. Nak dijadikan cerita, dia telah memanggil anak kot( or maybe adik dia kot ) indentiti beliau tidak dapat dipastikan.

Tapi yang pasti si dia tu telah membuat saya cair di siteww dengan senyuman yang telah dilemparkan ikhlas untuk saya (jangan perasan!haha) *melting* Kalau macam ni, duduk homestay ni sampai habis semester ni pun saya sanggup asal dapat tengok muka si dia yang handsome tu. OMG! Budak gatal ni telah mengintip si dia dari bilik tidur weyhhh Tak pernah pernah budak baik ni buat macam tu. OH si dia memang telah mengubah diriku! HAHA Emang dasar betul la budak ni

Tolong lah, saya single lagi ni so bagi la kesempatan sikit. Saya akan pastikan lain kali ayah akan book Homestay Taman Maju, No 22 Jalan Setia 1 lagi. Sapa sapa yang akan atau bakal atau ingin duduk kat Homestay ni saya nak ingatkan, si dia yang handsome kat sebelah ni sudah berpunya ya HAHA (bila masa kau declair pun aku tak tahu haha) Rasa macam nak pergi mengintip dia lagi la (memang GATAL!!)

Kekasih Penjaga Gol Malaysia

Yeah maybe aku sedikit terlambat dalam perkembangan ni. Tapi aku nak tulis jugak.

Tadi aku jalan-jalan kat blog Mr. K ni. And terpacul lah tajuk " Gol Keeper Malaysia : Khairul Fahmi ". Yes. mesti lah aku teruja kan sebab baru je tamat match untuk AFF Suzuki Cup kan. Dalam post beliau tu, adalah beliau link kan blog awek KFCM ni atau Apex.

Ok sekarang semua dah tahu beliau sudah mempunyai insan istimewa jadi jangan bersedih ya gadis gadis diluar sana. Mari kita doakan kebahagiaan untuk mereka.

Saya telah pun melawat blog insan istimewa KFCM ni dan menjadi follower beliau. Jejari runcing ke? hehe Gurau jer Okay sekarang nak baca kisah macam mana mereka boleh berkenalan. Ye aku tahu kadang kadang aku suka menyibuk jugak. KADANG KADANG ye haha Bye!

Thursday, December 30, 2010

Mimpi aku, bukan kau

Malam tadi mimpi aneh sekali ya? Aku mimpi orang yang aku suka kahwin dengan orang lain. I'm not sure who is him. I can't really saw his face. Kind of blur in my dream. Tapi dia pun kahwin dengan kawan aku yang aku jugak tak tahu siapa tu.

Yang aku ingat masa tu diorang kahwin pakai baju pink. Aku datang siap tolong-tolong lagi kat rumah dia. Tapi aku tak jumpa pun pengantin, just nampak dari jauh. Aku makan pun tak. Ayah aku pun ada dalam rumah tu. Akak aku dengan anak buah aku pun ade.

Bukan tu jer, sebelum dia kahwin tu, aku, kawan aku dengan dia siap ada makan sama-sama. Yang aku ingat sebab nak jernihkan keadaan tapi aku tak tahu masalah apa. Kawan aku belanja masa tu. Makan kat rumah kawan aku tu. Lelaki tu bagi aku duit nak bayar ape ntah, aku tak nak amik. Then lelaki tu marah, dia bla macam tu jer. Lepas tu, tau tau je dia kahwin.

Yang aku tahu masa tu, aku sedih sebab dia kahwin. Tapi tak nangis lah. Sangat tak macho la aku kalau macam tu HAHAHA Sekarang pun rasa lagi macam tu. Aku nak tahu lah siapakah gerangan lelaki tu. Dengan siapa dia kahwin. Sebab family aku pun ada kat situ so agak pelik di situ. Kalau nak dikatakan aku ada berminat dengan sesiapa sekarang, tak lah jugak. Takkan Yesung nak kecewa kan aku kan? haha Lagi pulak, aku tak nampak muka dia. Siapa kau ha??

Mainan tidur agak nya. -.- Lupakan jelah... Tapi aku nak tahu kau siapa. Baik mengaku sekarang!! (hahaha)

Tahniah Team Football Malaysia

Tak sangka, aku tak reti pasal bola pun minat tengok bola sejak dua menjak ni. Aku bukan tak suka, tapi kalau dah tengok tu layan jugak lah. Nak nak pulak Malaysia menang kalahkan Indonesia 3-0 hari tu. Sebelum tu pulak, kalahkan Thailand. Selalu kalau tengok bola pun, tak mengadap la dari awal sampai habis, mesti ade je tukar-tukar siaran lain. Tapi kali ni lain. Aku tengok dari awal sampai habis.


TEAM INDONESIA


TEAM MALAYSIA
Rasa bangga gila dengan kemenangan Malaysia untuk AFF Suzuki Cup ni. Walaupun Indonesia menewaskan Malaysia pada final yang ke dua. Tapi kejuaraan tetap milik Malaysia dengan kelebihan 2 gol secara keseluruhan. Tiba tiba pun boleh jatuh cinta dengan mereka. Tengok gambar tu. Segak kan?  Terutama Abg Safee kita tu. Awak haibat lah! ^^ Abg Fahmi terima kasih tolong jaga gawang Malaysia, menyebabkan lawan sukar nak menjaring kan gol. Terima kasih kat semua jugak lah. Anda semua memang layak untuk ini.

KINI MILIK MALAYSIA

Bila anak jalan dengan ayah

Bila pasangan bercinta tak malu jalan pegang tangan, tak segan duduk rapat-rapat, orang semua tak hairan. Bila pasangan kekasih jalan sambil merangkul pasangan masing-masing, gaya lebih daripada pasangan suami isteri, orang pandang sebelah mata jer. Bila mereka duk raba sana raba sini, haish lagi la tak kesah. Okay fine, tu semua biasalah tu.

Tapi bila anak jalan dengan ayah jalan pegang tangan, semua duk pandang pelik ni haa.. Terutama girls la kan. Bila adik jalan dengan abang, depa ingat kita jalan dengan boyfriend kita, pandang bukan main lagi. Bila anak jalan dengan ayah jalan sambil gelak tawa, orang ingat kita duk jalan dengan sugar daddy kita. Okay yang ni sangat tak fine. 

Ada ke benda ni berlaku kat sekeliling kita? Memang ada. Hal ni berlaku kat diri saya sendiri. 

Saya jalan dengan ayah saya kat pasar malam. Macam biasalah kalau saya jalan dengan ayah saya, saya kan pegang tangan ayah saya. Tak pun, pegang bahu ayah. Tak pun pegang lengan ayah. Tak pun tak pengang la sebab mak dah ambik alih hehehe Kebetulan masa tu ada sorang mak cik tu, nampak kami yang tengah jalan. Boleh pulak mak cik tu pandang pelik. Macam yang saya cakap kat atas tadi. Tengok macam saya ni tengah jalan dengan sugar daddy tak pun pelik sebab boyfriend saya dah tua. 

Come on la mak cik. Cuba lah bagi pandangan tu kat muda mudi lain yang jalan seperti di atas jugak tadi. Pandangan mak cik tu takkan jalan kat saya. There's nothing wrong for me to walk with my daddy like that. I mean, he's my daddy. We have blood relation. If I do it with some one who totally nobody with me, then you can stare at me like that or even worse than that will do. 

Friday, December 24, 2010

HajatKU

3hb Januari 2011. Kelas untuk semester 4 akan bermula. Aku ingat nak sambung degree, tapi hajat tak kesampaian. Bukan sebab result tak bagus, Alhamdulillah, masuk semester lepas dah tiga kali aku dapat Dean's List. Aku harap keputusan aku akan bertambah baik atau dapat aku kekalkan sampai habis diploma ni nanti. Aku memasang impian untuk dapatkan Anugerah Naib Canselor nanti. Aku akan berusaha untuk mengekalkan prestasi aku, atau mungkin meningkatkan prestasi aku.

Aku harap dapat menjadi seperti salah seorang daripada mereka yang seperti ini.

Dan kejayaan yang dirangkul oleh Mohammad Hafizzul Sulaiman (saya ronda-ronda kat Mr Google tadi, dan terjumpa blog beliau) Katanya, kita kena bergiat aktif dalam persatuan dll. Saya ni memang berminat nak masuk itu ini, tapi macam tak berpeluang jer. Tau-tau je pertandingan tu dah start. Tau-tau je aktiviti tu dah habis. Habis tu macam mana. Tapi tak apelah. InsyaAllah, kalau ada peluang saya tu tak ke mana kan.

Thursday, December 23, 2010

Ulser mulut

 ULSER MULUT ( atau dikenali dengan panggilan popularnya mata ikan,bibir pecah, lompangan dll). Mesti ada yang biase mengalami keadaan ni. Sama lah seperti saya di sini. Tapi ade jugak yang tak pernah kena ulser mulut ni. Macam kawan sayalah. Seronoklah hidup macam tu kan. Boleh makan tanpa sebarang gangguan.

Orang dulu-dulu cakap, kita mengalami ulser mulut ni sebab mulut kita ni jahat. Selalu mengata orang, mengumpat. Puas lah dulu masa kecik-kecik tiap kali kena ulser ni, fikir “aku ni ade mengata sape-sape ke?”. Punyalah percayakan. Sekarang, mari kita tengok punca sebenar kenapa ulser mulut dok ada ja kat mulut kita selama ni. Salasilah depa la kira nya.

Ulser mulut ni biase nyer dok ada kat mulut kita ni kira dalam seminggu lah. Biasanya kalau kita makan-makan, terkena kat tempat yang ade ulser tu, meraunglah jugakkan. Ulser mulut ni biasanya berwarna putih atau kekuningan dikelilingi oleh  kemerahan.

Punca ulser mulut ni tak dapat diketahui. Tapi mungkin sahaja disebabkan oleh :

  • Stress
  • Perubahan hormone
  • Jangkitan
  • Kekurangan zat makanan, dll.


Anda semua boleh klik sini untuk mengetahu lebih lanjut pasal ulser mulut ni.

Mase tengah jalan-jalan kat Mr. Googgle, saya carilah tips untuk ulser mulut ni. Macam-macam ada. Ada yang suruh guna asam keping.

Tapi kalau macam saya, saya gunakan antiseptic jer contoh macam Listerine. Pedih sikit lah. Ada yang suruh guna garam. Tapi saya tak tahan. Pernah sekali cuba, baru letak sebutir garam yang kecik tu pun dah berair mata, ni kan pulak kalau letak banyak kan. So, alternative nye saya buat air garam dan kumur. Atau pun, nak senang pergi klinik, nanti doctor akan bagi oral aids. Cepat jugak sembuh. Mama pulak pernah cadangkan guna Bongela. Saya nak cuba, tapi asal nak beli jer, ade saja halangan. So tak tahu lah keberkesannya. Tapi, kalau dah mama yang suggest-kan biasa nya menjadilah kan.

Korang semua yang ada pengalaman kena ulser mulut ni mesti ada cara tersendiri untuk legakan sakit ni kan, so apa kata share dengan semua. Sharing is caring kan?

SISWA,belajar untuk lulus atau masa hadapan?

15hb disember 2010 mata comel ni ada menonton bicara siswa yang dikendalikan oleh Dr Fazley kita tu. Tajuk dia very interesting. SISWA, belajar untuk lulus atau masa hadapan? Ye. Bila fikir-fikirkan balik, aku sendiri ter-wondering kat diri sendiri, aku belajar, got my Dean’s List for 3 semesters, for what? Yup it’s true for my future. Memang tak boleh disangkal lagi. Tapi dapat ke aku apply kan ape yang aku belajar dalam kerjaya aku nanti? Dapat ke great job yang diidam-idamkan?

Inilah yang selalu aku soalkan dalam diri aku sendiri. Dari dulu lagi. Masa zaman muda remaja di sekolah. Masa nak memilih course untuk university tu, yang semua lepasan SPM nak kena buat tu. Tapi tu bagi yang nak sambung belajar lah. Hehe.

Ye, memang keputusan yang baik adalah yang aku target untuk setiap semester. Tapi result yang baik tu tak semestinya dapat kerja yang baik kan? Itu yang aku risaukan. Rasa takut pun ada. Memang communication skill aku adalah zero. Semua orang pun cakap muka aku garang macam mana nak tegur aku kan? Aku pulak jenis yang lambat sikit nak adapt dengan suasana baru, and kurang bercakap dengan orang baru, senang citer aku tak ade topic nak berborak.

Korang pulak macam mane? Apa pendapat korang?

Wednesday, December 22, 2010

Aigoo..

Aigo, its look like this is the third blog I’ve made. I’ve already forgot my password for my previous blog which is my second blog. Waw! Just imagine how rarely I update my blog. Haha. Ok it’s not funny I guess.
Yeah! It’s true that I’m not truly a blogger from what I’ve stated above. I’ve try to stick with my blog. But it just that I don’t know what exactly I should write in a blog. Then why you created a blog? Or many I guess. Errr.. I just want to be like others that have blog. It’s truly amazing when we saw many readers read our blog. And I just wanted to be like that.

How wonderful the life is when people around us feel comfortable talking to us. We have so many ideas or know just about everything that they wanted to talk to us. You know, when my friend ask something that they don’t know or talk to me something that I don’t know to respond it, I feel really embrace. I feel like, urgh! You just don’t know everything. From my point of view, when someone asks me something, they expect me to know about that. But then, when I can’t respond to them, I feel awful.

Something like, when my friend ask me whether I’ve watched Korean TV show and talking about it, and I don’t know about it, you know.. It’s true that I would like to hear what it is about but at the same time, I feel like there is a bit changes to the reaction of their faces. Or maybe I’ve just sensitive.

As for my first blog, I just let it be like that. I’m not deleting it nor update it. I do love my first blog because my friend has made some effort to create the theme for my blog. I’ll not update it due to some circumstances. It’s just because one of my friend know the existing of my blog. I’ll not write anything about myself, about friend on that blog anymore.

You know, the-one-that-I-can’t-reveal-the-name, wrote something about me on her blog. It’s not about a good thing. So I end up with no update at all on that blog. I don’t want her know about me. Let her think that she’s the only one that fated with so many obstacle in life, let her feel like she’s the only person that live happily, have lots of friends, received love from others. Let her be happy on her own life on her own dream. Oh, I’ve just love my first blog. Haha tiba tiba sangat.

So, welcome to my new blog. Haha the introduction is too long isn’t it? Hehe

I think that all for now. I hope that this will be my last and forever blog. Bye!