Saturday, July 9, 2011

Dah Nak Balik

Assalammualaikum

Tak lama lagi dah nak cuti mid sem dah. And tak lama lagi my sis dari US pun dah nak balik. Tak sabar nak tunggu dia balik ni. At the same time, tak tahu nak mintak dia beli apa untuk saya dari US tu. Ape ek yang best kat US? Hurmm nak iphone ipad ipod lah.. Banyak cantek muka aku! haha

Anyone have any idea what to buy in US before my sister back to Malaysia??

Wednesday, June 15, 2011

Tak Sanggup Rasanya

Assalamualaikum

Tak tertahan lagi rasanya. Tak sanggup rasanya. Nak melangkahkan kaki ke kelas QMT 350. Bukan kerana subject killer yang digembar gemburkan oleh semua orang. Tapi... Ya Allah, masalah yang sama. Bilalah nak selesai. Dah penat rasanya. Dah tak larat nak hadapi lagi. Letih letih!

Walaupun aku tahu aku harus kuat untuk hadapinya. Demi masa depanku. Demi untuk agamaku. Bangsaku. Keluargaku. Demi degree in actuarial science. Aku tahu, aku tak harus mengalah kerana masalah yang sedikit ini. Mungkin ada orang lain yang lagi berat masalahnya.

Tabahlah wahai hati. Kuatkan dirimu. Jangan kerana masalah yang sedikit ini kamu mudah goyah. Kuatkan semangatmu. Kuatkan imanmu. Jangan nanti kerana masalah yang sedikit ini mennyebabkan kamu tinggal lama lagi di sini. Bersabarlah. Bersabarlah. Lagi dua semester saja lagi. Tumpukan perhatianmu pada pelajaran. Belajar! Belajar! Belajar! Ingat janjimu pada Ayah. Ya Allah, bantulah aku. Redhailah kehidupan ku, Ya Rabb. Amin Ya Rabb.






La Tahzan..

Thursday, June 9, 2011

My New Born Niece (2)

Saya nak balik rumah T____T Saya nak tengok niece saya. Imanina dan Adik nya. Sedih dengar cerita Ayah tadi. Iman nangis, mungkin jealous tengok tiba tiba ada budak kecik dok melekat je dekat Mama dia. Iman pun nak berkepit jugak dengan Mama. Adik nak susu. Iman pun nak susu. Pak Ngah pulak malam ni tak balik. Iman tak ada kawan nak bermain. Atuk dengan Nenek tak boleh nak buat apa apa. Cuma kena monitor Iman, takut dipukulnya Adik.

Tapi niat nak balik terpaksa ditunda atas sebab dah berjanji dengan kawan. Actually, tak berjanji lah. Tak cakap janji nak keluar pun. Tapi, mereka macam dah excited nak keluarkan. Lagi pun, tak sedaplah nak biarkan diorang keluar berempat je. Nak nak pulak saya memang selalu jadi driver diorang pun. Risau lah pulak nanti diorang keluar tanpa saya. Perempuan je pulak tu. Yelah saya pun perempuan jugak. Tapi lagi ramai kan lagi bagus.

Dah lah, tak nak pening pening kepala. InsyaAllah, next week saya balik tengok anak anak buah saya. Rindu mereka sangat sangat. Petang tadi Angah saya ada pergi hospital, jenguk Kak Long and Baby. Dia ada send MMS gambar baby. Sekarang, Baby dengan Mama dah ada kat rumah. Okaylah. Tengok jelah picture my niece okay. Satu jelah tapi. HEHE

It's baby girl

Wednesday, June 8, 2011

My New Born Niece

Jam 19 : 40 tadi Kak Long saya selamat melahirkan cahaya mata keduanya. It's baby girl! Padan muka Imanina. Semua orang dah tak nak layan dia dah HAHA ;p Nama belum diberi. Along dah upload picture dia kat mukabuku tadi. Tapi tak dapat nak save image pulak. So tak dapat lah nak tayang kat sini HEHE

Saya nak balik ke tak ye this week? Kawan kawan ada ajak pergi Ipoh. Macam mana ni? Dalam dilemma betul lah.

Ada lagi satu cerita, malam tadi saya sibukkan diri search pasal Nokia N8. Macam seronok jugak lah handphone tu. Macam suka jugak lah. Macam nak je terima offer Ayah nak belikan N8 hari tu. Tapi macam tak nak jugak. Macam nak tunggu Akak saya belikan tak phone baru untuk saya. Kalau dia balik tak bawak phone tu baru nak terima offer Ayah. Mana lah tahu jugak kan, dalam dalam nak tunggu dia balik, keluar pulak phone baru yang best the vogue ke kan.

Ni jelah celoteh saya malam ni. Pening kepala lah. Rasa nak tidur jer. Tapi macam susah nak tidur lately. Okaylah. Chooow!

Saturday, June 4, 2011

Iphone 4

Saya Nak iphone 4. Tu jelah yang saya mampu. Cakap nak jelah kan yang mampu. Nak beli memang belum lagi lah. Agak agak ada tak orang baik hati bagi satu kat saya HAHA =,=

Tengok tu, my baby ni macam memanggil manggil nama saya

Abang saya dah ada satu, saya bila lagi?

Putih ke Hitam ke, semua smart!

Merah itu tandanya WANTED, URGENT!
Eh! Penting ke benda ni semua? Okay tak. BYE! haha

Thursday, June 2, 2011

Diskriminasi

Entry saya kali ini agak berat. Sebab perkara ni bukannya selalu menjadi topik perbualan masa jalan jalan nak ke kelas atau masa kau orang chatting kat YM atau IM ataupun mesej mesej kat phone. Agak pelik lah bukan kalau satu hari kau orang check phone kawan atau boy/girl-friend sendiri, depa dok syok borak pasal dikriminasi.

Okay okay, kalau dikriminasi yang macam 'Mak pilih kasih, adik dapat gula kau orang tak dapat gula' atau 'Lecturer pilih kasih dengan student dengan membeza bezakan antara student kesayangan dengan student lain' tu lain cerita. Ni cerita serious wa cakap lu!

Okay intro panjang pun tak guna. Tapi hari ini saya ada terbaca kat mynewshub.my mengenai diskriminasi doktor terhadap pesakit HIV. Berita ini diceritakan sendiri oleh seorang pesakit HIV perempuan yang diarahkan untuk membawa perkakas sendiri seperti cawan, pinggan dll di wad selepas bersalin. Agak lah weyh. Baru lepas bersalin tu. Ingat tak senang ke? Tak sakit? Bukan salah beliau pun dapat penyakit tu.

Dikhabarkan daripada berita tu yang beliau dijangkiti HIV dari suaminya. Okay, even kalau salah beliau pun, tak patut buat macam tu. Doktor pulak tu. They should treat their patient equally. Lagi pun, doktor patut tahu cara jangkitan HIV tu macam mana. Tak perlulah membebankan pesakit dengan arahan yang rubbish tu. Masa mendapatkan rawatan keracunan makanan pun layan acuh tak acuh sampai bagi komplikasi buah pingang kepada beliau. Nasib baiklah tak kena saman. Kalau saya lah, dah kena saman dah doktor tu. Baru sedar sikit.

Kalau dah doktor sendiri layan pesakit HIV macam tu, macam mana nak jadi role model pada masyarakat. Tak pelik lah kalau masyarakat jugak layan pesakit HIV macam tu kan.

Kalau nak full cerita pasal berita ini boleh tengok kat sini. Sekadar berkongsi cerita, menambahkan ilmu, meningkatkan kesedaran diri. Jauhi kontroversi, tingkatkan prestasi. Hehe

Wednesday, May 25, 2011

Result Result!!

Alhamdulillah, hari ini bersamaan dengan 25 May 2011, result semua pelajar diploma UiTM dah dikeluarkan. Walau pun ade yang gembira dengan result yang diperolehi, ada jugak yang sedang bersedih. Ada yang masih lagi tidak dapat melihat keputusan kerana kealpaan untuk membuat SuFo.

Dan bagi sesiapa yang tak dapat tengok result tu, tak perlu susah susah, anda boleh tengok result anda selepas anda complete kan SuFO. After 24 hours, insyaAllah okay. Saya cakap ni sebab saya tolong kawan saya yang tak dapat tengok result disebabkan SuFO ni. Mungkin esok baru dia boleh tengok result dia.

As for me, Alhamdulillah, my result beyond my expectation. Syukur Alhamdulillah. God still bless me. I hope I can improve my result or at least maintain it. As we all know, to maintain is difficult but I'll try InsyaAllah. Hadiah? Yup I would like too. Who don't want it right? But as I think it again, what more that I want? They have give their unstop-able prayer. That's all that I want. That's enough for me I guess. If they give it to me, then I'll take. But to insist them to buy it for me, I feel a lil' bit ashamed. THANKS ALLAH. THANKS AYAH, EMAK.

Edited : Kawan aku mesej aku, cakap yang dia fail subject yang sama dia repeat semester lepas. Subject lain semester lepas hampir hampir teruk. I'm speechless. Don't know what, how to respond. Be strong babe!

Sunday, May 22, 2011

Madly In Love

I now announce that I'm madly in love in Tea Yang. HAHA I can't stop listening to his song. His song has been my lullaby nowadays. I spend my time to download his video. I also have change my ring tones to his song. And not to forget, my message tones also I have change to his song. I like the way he dance. I can even remember few steps in his song even though I'm not good in dancing. I remember when I'm in primary school I had participate in dancing but only traditional dancing. I miss that moment. I wish that I could dance again. I envy those people whose good in dancing. Ah! How I miss my old memories. I miss you too Tea Yang Ahakz!


Look at his body.. FUH!
 

Saturday, May 21, 2011

Tak Faham

Tadi tengok movie Nur Kasih dengan Mak dan Ayah. Suka sangat sebab Angah belanja. Walaupun dia tak join sekali and cakap kena bayar balik, tapi saya buat tak tahu jer. Abang saya memang macam tu. Hehe Nur Kasih sangat best bagi saya. Ye mampu menitiskan air mata. Tapi saya agak macho di situ sebab pergi tengok dengan parents kan, kena cover cover sikit. Malu beb! Kalau tengok dengan best friend perempuan sahaja baru boleh layan sikit Haha Saja je tegaskan best friend perempuan sebab saya pun ada best friend lelaki.

And esok teman sahabat saya keluar. Kami tiga orang. Tak termasuk Mr. Teddy-nya. Plan esok nak tonton Pirates of The Caribbean. Mungkin akan tengok 3D. Tapi ada satu problem. Hari tu masa tonton Thor 3D saya pening kepala. Bila pakai spec dekat dalam cermin 3D tu baru macam hilang sikitlah pening tu. And now, spec saya dah hiland. Eh! Bukan hilang tapi jatuh dalam lubang tandas hari tu kat JB, masa hari main bowling tu. Parents tak tahu lagi ni. Aduh, kena cari masa yang sesuai nak bagitahu ni. Kalau tak, mahu kena ceramah nanti Hehe

Actually, mood malam ni tak berapa nak ada sangat. So nak bahasakan diri aku jelah. Maaf yer!

So, dari cerita cerita ni sepatutnya aku happy kan? Tengok movie sakan, ber-bowling. Tapi kenapa aku still tak ada mood? And yes, aku banyak layan lagu sentimental Korea. Paling kegemaran aku sekarang lagu Teayang ( my boyfriend. Yesung, I still love you don't worry ) - Wedding Dress. Suka tengok dance choreography dia. And lagu lagu Big Bang.

Argh! Sangat kosong hati aku ni. Kenapa entah. Macam sedih jer aku tak tahu kenapa. Bosan lah macam ni. Come on lah! Okaylah aku nak kahwin lah macam ni HAHA Kelakar okay kelakar. Dah lah, tak nak layan lagi perasaan ni. Please go away! Bye!

Thursday, May 19, 2011

Penjaga gol Malaysia : Khairul Fahmi

Tanggal 17 May 2011 adalah hari yang bersejarah bagi Penjaga Gol Malaysia iaitu Khairul Fahmi dan kekasihnya Elia. Mereka telah melangsungkan pertunangan pada hari tersebut. Tema mereka macam ala ala Arab jer. I like hehe Comel jer Elia saya tengok. Kalau nak lagi detail boleh lah pergi kat blog Elia sendiri. Dah dah, jom kita cuci mata dengan sedikit gambar masa pertunangan mereka. Gambar ni saya ambil dari mukabuku setelkahwin.com . Kat mukabuku ini jugak ada video pasal mereka. Silalah lihat nanti ea..
Sukalah tengok ni



Thursday, May 12, 2011

Rindu

Aigoo.. Kalau kita rindu kat sapa sapa kan, bila kita jumpa sapa sapa tu, mestilah rindu tu terubatkan? Habis tu, macam mana pulak dengan masalah saya ni. Baru je hang out dengan sahabat sahabat 11hb 05 hari tu, which is yesterday. Tapi makin rindu la pulak. Rasa nak jumpa tiap tiap hari.

Tapi kalau jumpa tiap tiap hari, mau kena sesah dengan Ayah sebab hari hari mesti balik lambat. I don't know. Its just like when I'm with my friends the time is moving so fast. Rasa macam baru aje jumpa, dah kena balik. Padahal tak sedar diri tadi dah tengok wayang and ber-bowling dua games.

Dan sekarang, mulalah habit lama saya iaitu menyelongkar kembali gambar gambar lalu. Lepas tu, start lah adegan gelak sorang sorang. Tapi tak macam orang gila. Kira kalau orang nampak tu, mesti diorang ingat benda lain, yang penting bukan cakap gila HAHA Yup! Saya memang kalau dah jumpa mereka memang tak sah kalau tak ada sesi photomania. Lepas tu, balik mesti tengok balik sampai tak bosan bosan. Termasuklah gambar gambar lama. Terjadilah sesi sentimental erk? kat situ.

Ah! Saya cuma nak cakap saya rindu mereka dan sayang mereka!

Sunday, May 8, 2011

I Really Love This HAHA

Okay, again. My sources for this entry is Facebook. Copy Right from Aisha Saad.

To the writer for this story : Saya pinjam cerita ya. Sumpah best saya suka!

=== > Title : Eh! Tak Sangka Ko Pulak Jadi Laki aku


Tadi ko buzz aku kat YM. aku malas betol nak layan. aku tau ko just nak menhanjeng aku pasal aku kantoi tak mandi pi kelas pagi tadi. dan ko buzz lagik, dan ko buzz lagik. dan......... okeyh aku buzz balik. ko teros taip, "HOI BUSUK!" dan kita teros berbalah-balah, mengutuk satu sama lain...... sampai ke pagi... hey, ko tau aku sebenarnya tengah gadoh dengan BF aku, tapi dengan gadoh-gadoh dengan ko kat YM aku teros lupa rasa sedih aku...

macam biasa, pukul 11 time aku online. aku online ym, dan...... ko buzz lagik. aku macam seronok jek bergadoh manja-manja dengan ko semalam, maka hari nih aku pon teros layan dan layan dan layan.... sampai lebammm!

masuk hari ketiga, kita bukan sekadar bergadoh malah start share problem each other. mesti laa kau start dulu, sebab aku kan tengah dingin dengan bf aku. aku cerita lah pasal hubungan kiteorang, pasal bergadoh, pasal memujuk.... ko dengar jek, dengan ikhlas hati. sampai pukul 5am ko layan dengar citer aku.

hari keempat pulak, turn ko cerita semua. ko cakap ko malas kapel sebab ko ada sejarah hitam. aku paksa-paksa, ko pon cerita ex ko dulu curang dengan ko! dah laa dia curang dengan kawan baik ko. so, ko rasa malas nak cayer pompuan dahh. ko cerita jugak pasal some of girls who our classmate yang suka kacau-kacau ko. ko cakap, ko bukan tak suka tapi ko belom bersedia...

day-by-day kita dah jadik macam rutin sembang-sembang kat YM. kat kelas kadang-kadang jek kita bertegur sebab kita hanya sama satu kelas. ko pon busy aku pon busy dengan hal aku. kadang-kadang kalo aku atau ko tak online, mesti rasa incomplete gilaa.

satu hari, aku dapat tau bf aku ada orang lain. Miza nama skandal dia.. halaaa, Miza yang hot tuh. yang ko penah citer pasal dia dulu. Miza memang hot, cantik, kulit halus, bergaya, pandai, confident tinggi, etc2. pendek kata miza perfect lah. nak comparekan dengan aku, memang jauh laa bezanya.lama jugak aku bersedih. masa tuh aku tak online. aku menangis. ada dalam seminggu aku macam tuhh. rasa rendah diri beb! lagik pulak, dah laa bf aku cakap sendiri kat aku, dia sayang Miza lebih dari dia sayang aku! sedih kan?

weekend tuh aku online. aku remove bf aku dari fesbuk. dan jugak Miza. okk status dorang in relationship okk! ohh memang bf aku hot, baru seminggu clash dah in relationship. WT............

aku on ym. wahhh, ada banyak message dari ko. tiap-tiap hari ko bagi aku semangat! mana ko tau aku bersedih? terharu you.... tapi no wonder la kan, department kita bukan besar mana. mesti ada orang sok sek punyaa. malunyer aku! mesti semorang tau aku loser... demmm!

5 minit termenung depan skrin, ko buzz. aku tengok jekk. aku rasa malu. malu dengan semorang. tetambah dengan ko. konon-konon citer aku bercinta macam nak gilaa, tetiba......... hermmm.

ko keep on buzz ym aku, sebab aku tau ko nampak aku online kan? tetiba ko cakap, "dina, baik ko buzz aku balik. kalo tak aku kol ko sekarang!" halamakkk, aku tengah nangis nih mana boleh kasik dia kol. aku teros buzz cepat-cepat...

okk habes semua aku citer kat ko. dari A-Z. petang tuh jugak ko bawak aku jalan-jalan kat KLCC. dengan mata bengkak aku, ko try bagi aku gelak! macam-macam lawak ko buat. seryes, i'm tacing beb! tapi...... aku ingat kata-kata ko, ko tak nak berkapel, maka tak boleh laa aku nak ada perasaan lebih-lebih kat ko.

semua maintain macam ni jek. kita still kawan. ko selalu bagi semangat kat aku. bila kita free kita hang out sama-sama. sampai laaa masa kita grad, tak der apa-apa yang berubah. ko dengan aku still kawan.....

----------------------

aku kena posting kat johor, ko pulak sabah. still ym dengan fesbuk penghubung kita. oh yea, aku benci pegang handphone, maka kita memang jarang berhubung melalui telephone.

ko selalu tanya aku, "ada bf baru belom?" aku.... "nanti dulu serik lagik!" aku malas tanya ko sebab ko memang akan jawab, "nak teros kahwen jek!"  okk, fine!

selama tiga tahun, kita tak jumpa. ye laa, hometown ko pahang, aku perak! kalo balik sekali-sekala mesti banyak hal dengan keluarga nak uruskan. memang berhubung dengan cara itu, ym dan fesbuk....

-----------------------------

hari nih 3 syawal. aku tak online dah tiga hari sebab sibuk dengan tetamu, dan kawan-kawan yang berkunjung. tetiba ko text aku, "aku nak ke perak dengan keluarga, ada hal..." aku, "sempat singgah la rumah.." ko balas, "meh address, full address, kalo sempat aku singgah!"sampai malam aku tunggu, nan adooooooo! so, aku tak harap apa-apa laa kan. ko pon cakap KALAU SEMPAT.

4 syawal. wedding kawan aku kat ipoh. aku bangun awal pagi sebab aku janji dengan yang lain nak bertolak dalam pukul 11 pagi. tapi hati aku berdebar-debar. ohhh, nak tengok kawan kawen kot sebab tuh berdebar.... pukul 11 pagi aku pergi... sampai ke malam jugak laa baru balik rumah. biasa la kan lama tak jumpa kengkawan sekolah...

balik rumah malam tuh, ibu, ayah dengan keluarga-keluarga lain tengah duduk kat ruang tamu. aku masuks emua mata pandang aku. aku mula cuakk. aik, takkan sebab aku balik lambat kena marah? aku kan dah besar..... ker baju aku over sangat? lipstik comot? eh, eh kenapa nih??

ibu panggil duduk sebelah ibu. seryes aku cuakk!

ibu: dina, ibu ada benda nak cakap nihhh........ (muka ibi senyum-senyum. tenang jek..)
aku: kenapa ibu? maaflah dina balik lambat, jumpa kawan-kawan seronok bersembang. dina janji dina takkan buat lagikk. (aku gelabah!)

semua tergelakk. kakak aku, abang ipar aku, adik-adik aku. hermmmm....

ibu: bukan tu laa dina. itu ibu paham. lagi pon dina dah besar, ibu tau dina pandai jaga diri...
aku: habes tuh ibu??
ibu: ibu dah terima pinangan seorang tadi untuk dina. dina pon dah lanjut usia, ibu nak anak ibu kahwin, ada keluargaa...
aku: hah? siapa ibu orangnya? ibu...... dina tak nak kawen lagik. dina belom jumpa suami yang baik buat dina lagikk. ibu... please....
ayah: tapi kami dah terima. budak nih cakap dia dah kenal dina 7 tahun dah. takper laa, esok dorang datang lagik nak dengar kata putus dari mulut dina, dina pikir yeaa...
aku: tapi dina berhak untuk tolak kan kalo dina rasa tak sesuai?
ayah: yea dina ada hak. tapi........ dina dah 27. karang lambat-lambat takder saper nak dina..


aku teros naik atas. ohh patot laa aku berdebar-debar. tapi....... siapa ek yang dah kenal aku selama 7 tahun? tah-tah ex aku? ohhhh NO! aku takkan terima diaa.......

aku teros on lappy. bukak ym. tunggu ko online. hermm, takder pulakk! mesti sebuk beraya nih. aku nak message ko citer apa yang terjadi, tapi........... ko mesti sebuk kot kan? hermmmm. so aku teros jek taip aper aku nak cakap.. nanti ko online mesti ko bacaa.. lepas taip-taip teros aku tertidor, penat berjalan seharian kot.

pagi-pagi lagi dah terbau sedap dari dapur. aku mandi, solat dan turun bawah...

"eh along banyak gila ko masak. saper nak datang?"
"kawan aku nak datang kang.. meh-meh tolong aku!"

pukul 9 pagi, makanan semua dah terhidang atas meja. ibu suruh aku tukar baju kurung. aku tak nak sebab aku nak tunjuk muka sememeh aku depan rombongan meminang tu karangg. haaa, baru dia tau betapa hodohnya aku... konpem teros rejek nak kawen dengan aku..

9.30 pagi rombongan pon sampai. ayah aku punyaa nak tunjuk baik, jempot dari depan pagar rumah. sebelum mak aku bangun bersalam mak aku bisik kat aku, "Dina pikir baik-baik. untok masa depan ko jugakk!'' teros ibu bangun dan ke muka pintu.

kakak aku tarik aku ke ruang tamu untuk salam-salam. aku pon bangun. seryes selekeh. aku pakai tshirt labuh kaler hitam, dengan seluar tidor. tudung indon kaler pink. biarkan ko kecewa wahai orang yang pepandai nak masuk meminang. hahaha!

sampai ruang tamu, aku terkedu.. aik, aik asal mamat nih ada sekali? aku salam semua pompuan-pompuan yang ada kat situ teros aku duduk sebelah ko. "amir, ko datang salah time laa. sekarang tetamu ayah aku tengah ramai. jom pergi dapur, kita makan-makan! kesian ko datang dari jauh.."

semua orang pandang aku... tetiba ayan aku bersuara....

"aik, kata tak nak terima, tuh dah ajak pi dapur makan-makan ape cer?

aku? haaaa?

"amir ko dah gilaa? ko jangan main-main amir. ko kenal aku macam mana kan? nih bukan hal kecik-kecik amir. ini seryes!"

amir: pasal aku kenal ko laa aku buat macam nihh. aku seryes dina! believe me....

aku............ teros nangis, dan............ yeah, i accept him tapi...... malu-malu!

------------------------

AMIR ZAQUAN:

sebenarnya kan.......... aku dah suka ko sejak kita sama kelas! tapi aku tak tau nak sembang aper. lucky ko approve aku jadik member ko kat fesbuk and ym. kebetulan ko kantoi tak mandi depan aku... memang aku senyum-senyum sepanjang hari tak sabar nak bahan ko sebab by that way baru aku ada point nak sembang dengan ko. hehehe~

masa ko citer pasal bf ko, aku sebenarnya jelesss. sebab tuh aku balas lambat. ko cakap aku sabae mendengar kan? sebenarnya takk, aku dok tahan hati... kalo aku balas on-the-spot wajib kantoi aku jeles. hehe..

kebetulan pulak bf ko bagi chance kat aku by dua kan ko! masa tuh aku sedih laa tengok ko sedih. tapi...... separuh hati aku dah nampak peluang aku cerahh...... yeahha!

kenapa lambat sangat kan aku take action? sebab.... aku nak tengok sejauh mana ko boleh lupakan bf ko. sejauh mana ko perlukan aku. tapi bila dah tiap-tiap hari ko mesti chat dengan aku, okk i think i mean a lot for you! kan?

and........ aku penah dikecewakan, maka..... i'm sick of couple. aku nak kawen teros! i told you earlier kan? so, sekarang aku dah try. cuak tau time baca kat ym tuh ko nak rejekk orang tuh.. tapi......lucky ko accept jugak aku! jom la kawen, jom laa kawen... cepat-cepat tau sayang... I LOVE YOU!

---------------------------------

FARAH MEDINA:

aku kan, aku kan............ okeyh, aku dah tersuka kat ko since ko hiburkan aku kat klcc time aku putus! hahaha. tapi.... ko kan laki, takkan aku nak start dulu kan? so, diam-diam sudahhh.

cakap panjang tak laratt......... so, I LOVE YOU TOO.... kawen? SABARLAA SAYANGG. opp!

-----------------------------------

just few days left. cuti sekolah nih kiteorang bakal berkahwin! yeahhaaaa........................ eh, eh nak panggil dia aper eh? hermmm.

- - -  - - - - - - - END - - - - - - - - - -

wajib ler cerita tipuuu..................... grrrrrr~ (takder kena-mengena dengan yang mati ataupon yang masih hidop!)

moral: kita tak tau kan saper jodoh kitaa.. tapi dah ditentukann... so.. jangan ler cinta kat pasangan kita lebih-lebih sangat.. yang still berkepel lerr... nak cakap lebih-lebih aku pon lebih kurang jek. sama-sama laa bermuhasabahh eh! peace:)

*hak cipta terpelihara: AISHA SAAD*

Saturday, May 7, 2011

Learning Korean

Dah lama dah nak belajar Bahasa Korea ni. Tapi dapat belajar dari lagu lagu dan movie movie dan drama drama ( macam banyak jelah kan? HAHA ) yang ditonton jelah. Disebabkan kamus digital yang Ayah bagi hanya ada Bahasa Melayu, English, Bahasa Arab dan Chinese, so untuk Bahasa Korea ni terpaksa ada initiative sendiri. Semoga berkekalan lah hendak nya ye. Haha.

Jadi, tadi jalan jalan kat Mr. Google. I bump into this. Saya pun tak sure lah apa yang saya belajar. Bak kata orang pun, kalau nak belajar tu kena lah berguru kan. Tapi at least, tengok tengok jugak lah kan. Adalah belajar pronunciation dia jugak. Walaupun taram tak tahu betul ke tak, tapi okay lah dari tak ada kan. Nak cari tutor, tak mampu kan. Ayat poyo. Ni jelah yang boleh.

Are there anyone here likely to be my pen pall and teach me Korean? Oh please please please! Teach me teach me :) Send me an email. We can be friend, good friend. Hehe

Mwo?

Eh kau baca blog aku? Memandai mandai je ea? Sapa suruh? HAHA Terima Kasih!

Friday, May 6, 2011

Ape pasal?

Emm.. tiba tiba mood nak gelar diri sendiri SS. Macam seronok jugak dari gelar diri aku atau saya. HAHA Dengan ini secara official-nya saya akan gelar diri sendiri SS kat blog ni. Don't asked me why. The idea just suddenly across my mind. Maybe shortie from sorrysorry. Huhu

Entah apa hal ntah dengan diri ni, tiba tiba mood jiwang pulak dah. Rasa kosong. Hurmm mungkin baru lepas baca story story yang berkaitan. Atau SS rindu dah tak lama tak luangkan masa banyak dengan Dia. Kalau kat hostel ni, lepas solat maghrib mesti jumpa Dia sampai Isya'. Dengar ayat ayat perangsang, peringatan dari Dia.

Bukan kat rumah tak boleh jumpa. Lepas Maghrib pasti jumpa. Ayah mesti jumpa jugak. Ayah yang paling selalu dan tak akan pernah lupa kecuali ada hal yang tak dapat nak dielakkan.

Ayah, terima kasih sebab ajar anak ayah ni bertemu Dia. Terima kasih sebab didik saya supaya ingat Dia.

Cuma anak ayah ni saja yang tak reti nak aplikasikan dalam kehidupan seharian. Ayah mesti sedih kan? Kecewa. Kenapa lah dengan saya kan? Maafkan saya ya. Tak istiqamah. Doakan saya sentiasa berjalan dengan Dia ya? Moga saya tak hanyut, putuskan cinta dengan Dia dan tinggalkan Dia. InsyaAllah.

Thursday, May 5, 2011

Maths (2)

"Kami mungkin tiada ditengah tengah jalan hidup anda, namun selagi jam masih boleh dipandang, maka kamilah permulaan, kami jualah penutup hidup anda setiap hari.."
Itulah kami, MATEMATIK.



Copy from my Lecturer's wall, Sir Shahrizal.

Maths

Bila kita tak dapat buat dia, kita akan marah, kecewa, lepas itu tension tak nak buat dah dan macam macam lagi.. Tapi bila kita dapat buat, masa itulah rasanya paling seronok sekali, best giler macam nak bagitahu satu dunia aje.. Itu la ajaibnya Matematik.. Mana lagi nak cari racun dan penawar pada entiti yang sama.. Disebalik kepayahan soalan, disitu jualah yang buat kita tersenyum bila dapat jawapan nanti


copy from my Lecturer's Wall, Sir Shahrizal.

Wednesday, May 4, 2011

Syukur

"Aku nak lah benda alah tu. Mahal? Memang sangat lah kan. Tapi kenapa ade aje orang guna."

 AH! Terima jelah apa yang ada kan? Ape lah kita ni. Tak bersyukur betul. Kita nak apa yang orang lain ada, apa yang orang lain dapat, apa yang orang lain alami, sedangkan kita tak tahu, yang kita dah cukup bertuah dan ada saja orang lain yang nak apa yang kita ada, apa yang kita dapat, apa yang kita alami. Manusia memang tak akan pernah puas dengan apa yang dah ada disekeliling mereka kecuali mereka yang bersyukur.

Ya Allah, semoga aku dapat mendidik diriku ini dengan sifat bersyukur. Amin Ya Rabb.

Tuesday, May 3, 2011

24:7 K pop Malaysia?

Tak tahu lah citer ni korang semua dah tahu ke tak. Yang penting saya baru tahu and nak share lah pada sapa sapa yang tak tahu. Sapa yang dah tahu tu, buat buat tak tahu jelah ea. hehe

Masa saya jalan jalan kat mukabuku ( asyik asyik mukabuku jelah source kau! haha ), saya nampak lah kawan saya like page Anti 24:7. I'm wondering what's 24:7 yang dianti sangat tu. Kenapa lah yang dianti sangat tu, sampai ade dua fan page untuk Anti 24:7 kat mukabuku. Now I know.

24:7 - satu band malaysia yang baru ditubuhkan. Mula nya dikatakan K pop and K is stand for Keindahan.

Lepas jalan punya jalan. Dapat berita pulak.

24:7 ditukarkan kepada MAX 247. Dan dijadikan M pop. Stand for Malaysia pop.

24:7 ke MAX 247 ( i dont know) - eh macam sama lah dengan U Kiss tu. Ke group U Kiss dah bertambah ahli?

24:7 eh MAX 247 - Super Junior? Mana satu ni?


I'm sorry to say this. Tapi come on lah. Perlu ke pakai baju macam tu? Ye, fan fan malaysia or if i'm not mistaken bukan Malaysia je kot, Indonesia, Singapore dll pun gila kat band boy korea tu, menari hebat hebat, ade rupa. Tapi mereka pakai baju macam tu, tunjuk pusat ape semua sebab tak ada halangan bagi mereka untuk buat macam tu. Tapi 24:7 kan melayu. Islam lah rasa nya kan? Pusat isn't part of your aurat ke?

Lagi satu, tak puas hati sebab terbaca kat satu blog ni, actually, saya memang suka baca blog dia. Cuma yang part dia cakap "Lagu diorang sedap? Sedap ape nye? BUKAN NYE FAHAM PUN DIORANG CAKAP APA. "

If nak tak percaya cakap fan fan malaysia ni suka kat band korea tu sebab lagu dia, kenapa pulak? Sebab diorang tak faham bahasa Korea? Oh please, kan sekarang dah moden, kan kan? Boleh translate pun lyrics diorang kat Google Translate. If malas sangat, boleh je dapat kan lyrics mereka, siap dengan romanization and English translate lagi. Fan fan mereka pun ade yang translate and letak kat video. Boleh tengok kat You tube lah kalau nak bukti.

Saya pun suka jugak dengan lagu lagu Melayu. Jiwang karat, nasyid semua layan. Tapi this is the part yang saya tak boleh terima. Bukan saja fan fan Korea kat Malaysia ni yang tak berapa nak suka, tapi yang tak minat Korea pun tak boleh terima, I guess.

Luahan luahan hati mereka

Eh ada group Korea nama 24/7? Pe cer?
notaSaya : jalan punya jalan tadi, jumpa satu blog dengan cerita group girl dari Malaysia versi Wonder Girl pulak, GULA GULA. Memang kencing manis lah lepas ni. ADUH tak larat dah nak baca, nak menulis. Suka hati lah. Yang penting K-POP is K-POP. Copy right from South Korea. No copy and paste.

Update

Ingatkan duduk rumah, rajin nak update blog. Rupanya, banyak masa nak digunakan untuk habiskan stok movie yang belum disentuh dalam hard disk, berfoya foya dengan sahabat sahabat, bermesra mesra dengan family. HAHA

Sorry dear blog, if i abandoned you huhu

Friday, April 29, 2011

Alhamdulillah, syukur

Tamat sudah semester 4 ni. Semalam paper last adalah paper MAT 263. Alhamdulillah, dapat jawab dan insyaAllah, jika ade rezeki lagi semester ni, dapat lah result yang memberangsangkan.

I'M HOME!! Sekarang tengah lepak atas katil kat rumah. Seronok. Tapi yang tak seronok nya adalah nak meng-unpack barang tu yang tak daya tu. HAHA. And dapat present dari ayah, uda and kak wawa. Dapat kamus digital and perfume body shop. Bertambah lagi koleksi perfumeku. Hehe seronok seronok.

Sebelum cuti hari tu, which mean masa nak exam MAT 263 tu, result hostel dah keluar. Alhamdulillah, saya dapat hostel lagi untuk semester hadapan, dibilik yang sama dan penghuni yang sama (:

Cuti dah mula. Bermula lah perancangan untuk hang out dengan sahabat sahabat, family. Nak pegi KL dulu ke JB??

Sunday, April 24, 2011

JANGAN TELAN PANADOL

Dalam sibuk sibuk nak final ni, adalah jugak masa nak jalan jalan kat muka buku.. Dan terjumpa satu cerita ni. Saja nak share lah. Sebab rasanya semua orang pun pernah je makan panadol kan.. Saya jarang jarang jarang lah nak makan panadol kecuali kalau memang nak giler punya pening. 


SEBUAH KISAH BENAR.... Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain. Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan. Alternative Treatment ( Tips ) Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman. Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda. Panadol adalah sejenis Painkiller? semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda.. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan. Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin? Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang Biasa?ini ke dalam mulut anda. p/s: serik la aku xnk telan benda ni lagi..apa komen korang.??

-___-

Although I am very quiet, in fact, I could get hurt ...
Although I laugh every day, in fact, my heart had once injured .....
Do not look at me like nothing had happened, in fact, I was very care about ....
Do not think you told me that every word, nothing, in fact, I care about .....
Do not think I do not talk to you, because I get angry, or have nothing to tell you, in fact,I'm afraid says the wrong thing ......
Although I smile at you, in fact, I just cried ....
Although I sat there seems to be happy, in fact, I need companionship ....
Although I kept talking with you, in fact, I think you know more about me and pay attention to me ....
Do not think that I am afraid of nothing, in fact, my heart is very afraid, need a hug ...
Do not think I said, "I hate you " is true, in fact, I love you ...

Tuesday, April 19, 2011

Hold My Hand


A little girl and her father were crossing a bridge.
The father was kind of scared so he asked his little daughter: 
"Sweetheart, please hold my hand so that you don't fall into the river." The little girl said:
"No, Dad. You hold my hand." 
"What's the difference?" Asked the puzzled father. 

"There's a big difference," replied the little girl. 
"If I hold your hand and something happens to me, chances are that I may let your hand go. But if you hold my hand, I know for sure that no matter what happens, you will never let my hand go." 

In any relationship, the essence of trust is not in its bind, but in its bond. So hold the hand of the person whom you love rather than expecting them to hold yours... 

credit to the writer which I dont know who is she/he..

Risau risau Risau

Saya rasa serba salah ni. Kat kawan saya. Or senang cerita pada peminat pink tu, yang saya ada post dalam entri sebelum ni.

Okay, firstly, saya dah mintak maaf kat dia.

Secondly, memang lah saya tak selesa nak belajar dengan dia. But I'm okay to be friend with her. She's good. She neither have any weakness nor perfection. She's just being herself.

Mungkin dia terasa dengan saya yang menyebabkan dia macam tu. 

Kepada diri sendiri = Tulah lah, lain kali, fikir dulu sebelum melakukan sesuatu. Even if we don't like something, it doesn't meant that it's bad for us. Same goes to the things that we cinta-sampai-mati. Cuba lah bersyukur sikit kan? Apalah saya ni. Terima je apa yang berlaku. Mungkin ada hikmah. So jangan rasa serba salah. Macam tu? haha Okay, exam menyebabkan penulisan merapik rapik dan melalut lalut.. Tengok tu, salahkan orang lain jugak. 

Oh! Dah la risau pasal final ni. Final please be nice to me! Please please please!

Monday, April 18, 2011

Oh lupa nak cakap, rupanya saya dah ada number phone dia sejak dari saya part 1 lagi.. Cuma saya tak save number tu guna nama dia. Saya pun tak tahu siapa guna siapa punya number. Tapi takkan dia letak number kawan dia kat "business card" dia, ye dak??hurrmmmmmm....

And lagi, saya dah mintak maaf dengan semua.. Termasuk "dia" tu sekali.. Alhamdulillah. At least kalau saya pergi dulu, tenang sikit hati saya. Walaupun saya tahu, ramai lagi orang yang saya belum mintak maaf..

Final Exam Makin DEKAT

Risau nya. Harap dapat laku kan yang terbaik kali ni. Alhamdulillah, for the past three semester, I got my Dean's List. Hoping that I can maintain my pointer though it hard to get. Kalau cincai bincai pun, at least don't make me repeat. That's all.
( Dekan dekan dekan!! haha )

Ya Allah, berikanlah yang terbaik untukku. Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku. Hanya padaMU aku berserah dan memohon pertolongan. Amin Ya Rabb..

Monday, April 11, 2011

Kalau lah Kamu Tahu, Kawan..

Beberapa hari ni, lepas dinner fakulti tu, saya dengar banyak cerita pasal "dia" ni. Roommate saya cakap dia dah lain. Ramah dah dengan orang sekarang. Dengan semua orang dia nak tegur. Sejak ber-couple ni. Kata roommate saya lagi, mungkin si jejaka tu yang cakap tak perlu nak gaduh gaduh, berbaik dengan semua orang, and mungkin macam macam lagi.

Roommate saya jugak suruh saya bertegur tegur dengan dia. Dia dah tak macam dulu. Ajak saya berbaik baik dengan dia, sedang sebelum ni saya tak pernah gaduh dengan dia.

Tapi tahukah kamu yang, dia tu tak pernah pandang saya?? Ye, mungkin dia bertegur dengan semua yang ada disekeliling saya. Tapi saya? Pandang pun tak, apa tah lagi nak tegur. Saya bagai halimunan di mata dia, tahu? Macam mana saya tahu? Saya pandang dia, tunggu hendak masa nak menegur dia pulak. Tapi dia pergi macam tu saja. Is it fair for me?

Ya Allah, mungkin saja saya ni banyak merungut. Melihat kesalahan orang saja barang kali. Tapi salah sendiri, tak dapat dilihat.

Wahai diriku ini, biarkanlah saja. Berdiam diri lebih baik dari berkata apa apa. Pada blog ini tempat untuk meluah rasa supaya terluah rasa hati. Pada Allah sahajalah tempat saya bergantung dan mengadu. Andai salah saya, saya terima sebagai balasan. Senyum, tak perlu kata apa apa. Tak semua orang boleh faham kita, tak semua orang yang kita boleh fahami mereka.

Ya Allah, apa salah hamba-Mu ini. Hatiku dah tak tertahan menanggung rasa yang sama. Adakah perluku hadapi perasaan yang sama pada 2 semester yang akan datang? Tabahkan lah hatiku ya Allah. Sesungguhnya aku menangis, merintih hanya padaMu. Tabahkanlah hatiku,  supaya tak terzahir tangisku di mata manusia.

Wahai diriku, belajarlah untuk menelan rasa. Kadang ia baik untukmu. Bukan semua benda kita boleh luahkan. Mungkin mereka masih mendengar luahan hati mu, tapi mana tahu hatinya dah bosan mendengar benda yang sama. OH! Aku rindukan sahabat sahabat ku....

Saturday, April 9, 2011

Nasib Baik Tak Pergi

Hari ni, kat muka buku dah penuh gambar mereka mereka yang pergi dinner malam tadi. Dengan tema wedding, semua nampak bergaya dengan dress masing masing. Ada jugak yang sederhana, berbaju kurung, berbaju jubah, dan semestinya ada yang bergaya dengan pakaian yang mereka sewa dan tempah. Kalau saya pergi mesti saya lah salah seorang yang mesti not in the list lah untuk menang queen of the night kan huhu Nasib baik tak pergi, memang tak ikut tema lah saya hehe

p/s: saya buat buat tanya kawan saya, sapa yang pergi dinner and apa pakaian mereka, rupa rupa nya, dia tak pergi dinner..

Memang Ada Niat Nak ke Sana

Semua orang mesti ada terdetik dalam hati nak menyambung pelajaran ke luar negara kan? Begitu juga saya. Tiap tiap kali nak tengok blog saya, saya mesti akan tengok statistics overview blog saya, and kadang kadang saya akan tengok traffic sources sekali. Yelah, walaupun saya tahu, blog ni tak popular pun. Sehari nak dapat orang view sekali pun payah. Tapi tak ape. Saya memang suka hati nak tengok (:

And tadi saya dapat viewer dari source ni lelakisetiakonon.nicepro.net


Pada mulanya saya terfikir mungkin ada blogger lain yang dapat terjumpa blog saya. Jadi saya pun, right click, open link in a new tab. Niatnya untuk melawat kembali blog tersebut. Alih alih yang keluar adalah laman web international University. Terkezutlah kan. Saya peliklah. Macam mana boleh jadi macam tu. Ada sapa sapa yang tahu tak hal hal macam ni? Boleh terangkan?


Tapi macam banyak lah info boleh tengok. Tu University kat UK. And ada jugak menawarkan course yang kemungkinan saya berminat nak amik masa degree nanti. 


Ni Gambar laman web tu

Antara course yang ditawarkan (:

Tak apelah, ade rezeki kat mana mana pun saya terima. Alhamdulillah kalau Allah dengar doa saya dan makbulkan impian saya. Tapi kalau tak, tak ape. Allah tahu yang terbaik untuk saya. Asal saya dapat sambung belajar dan dapat pekerjaan yang baik dan dapat tanggung kehidupan saya dan keluarga, tu dah terbaik dah (:

Friday, April 8, 2011

Risiko Memaafkan (:

Memaafkan itu indah
Memaafkan itu sedekah
Memaafkan itu mengundang Maghfirah-Nya
Memaafkan itu mengundang Rahmah-Nya

Memaafkan itu nikmat
Memaafkan itu lazat
Memaafkan itu melapangkan perasaan
Memaafkan itu melapangkan kesusahan

Memaafkan itu membuka pintu-pintu cinta
Memaafkan itu membuka pintu-pintu dunia
Memaafkan itu membuka pintu-pintu bahagia
Memaafkan itu membuka pintu-pintu surga

Memaafkan itu melepaskan masalah
Memaafkan itu melepaskan rasa susah
Memaafkan itu melepaskan rasa serba salah
Memaafkan itu melepaskan berbagai rasa resah

Memaafkan itu melancarkan pernafasan
Memaafkan itu melancarkan hubungan
Memaafkan itu menambah ketampanan
Memaafkan itu menambah kejelitaan

Memaafkan itu mengikhlaskan
Memaafkan itu menyehatkan
Memaafkan itu mendewasakan
Memaafkan itu mencerdaskan

Memaafkan itu membersihkan diri
Memaafkan itu mengundang rezeki
Memaafkan itu menenangkan hati
Memaafkan itu mengundang redho Ilahi



Sama samalah kita renungkan. Perbaiki diri. Kadang, memang susah nak memaafkan. Semoga Allah permudahkan bagi kita, insayAllah amin (: