Thursday, June 2, 2011

Diskriminasi

Entry saya kali ini agak berat. Sebab perkara ni bukannya selalu menjadi topik perbualan masa jalan jalan nak ke kelas atau masa kau orang chatting kat YM atau IM ataupun mesej mesej kat phone. Agak pelik lah bukan kalau satu hari kau orang check phone kawan atau boy/girl-friend sendiri, depa dok syok borak pasal dikriminasi.

Okay okay, kalau dikriminasi yang macam 'Mak pilih kasih, adik dapat gula kau orang tak dapat gula' atau 'Lecturer pilih kasih dengan student dengan membeza bezakan antara student kesayangan dengan student lain' tu lain cerita. Ni cerita serious wa cakap lu!

Okay intro panjang pun tak guna. Tapi hari ini saya ada terbaca kat mynewshub.my mengenai diskriminasi doktor terhadap pesakit HIV. Berita ini diceritakan sendiri oleh seorang pesakit HIV perempuan yang diarahkan untuk membawa perkakas sendiri seperti cawan, pinggan dll di wad selepas bersalin. Agak lah weyh. Baru lepas bersalin tu. Ingat tak senang ke? Tak sakit? Bukan salah beliau pun dapat penyakit tu.

Dikhabarkan daripada berita tu yang beliau dijangkiti HIV dari suaminya. Okay, even kalau salah beliau pun, tak patut buat macam tu. Doktor pulak tu. They should treat their patient equally. Lagi pun, doktor patut tahu cara jangkitan HIV tu macam mana. Tak perlulah membebankan pesakit dengan arahan yang rubbish tu. Masa mendapatkan rawatan keracunan makanan pun layan acuh tak acuh sampai bagi komplikasi buah pingang kepada beliau. Nasib baiklah tak kena saman. Kalau saya lah, dah kena saman dah doktor tu. Baru sedar sikit.

Kalau dah doktor sendiri layan pesakit HIV macam tu, macam mana nak jadi role model pada masyarakat. Tak pelik lah kalau masyarakat jugak layan pesakit HIV macam tu kan.

Kalau nak full cerita pasal berita ini boleh tengok kat sini. Sekadar berkongsi cerita, menambahkan ilmu, meningkatkan kesedaran diri. Jauhi kontroversi, tingkatkan prestasi. Hehe

No comments:

Post a Comment