Friday, January 27, 2012

Sikit Tapi Tak Luak

Assalammualaikum..

Lama sangat tak update blog ni. Memang banyak nak  cerita tapi sebab banyak sampai tak tertulis. Boleh? Terima jelah alasan tu ye hehe

Nak share satu story, sejak dua tiga empat menjak ni saya memang nak cakap tak ada duit tu tipu lah, kalau nak cakap banyak tu pun tak lah. Walau tak banyak, hati tetap rasa nak share apa yang ada dengan kawan kawan rapat dekat UiTM ni. Beli apa yang mampu and bagi kat diaorang. Dan amazingly, rasa tak luak sangat apa yang ada tu. Hubungan pun macam makin mesra. Alhamdulillah, rasa seronok sangat macam ni. So sama samalah kita  share apa yang ada, setakat mana yang mampu dengan orang sekeliling kita nak nak pulak mereka yang rapat dengan kita

Okaylah, sampai sini jer hari ni. Baru balik dari Trip ke Kilang Gardenia ni hehe Seronok dapat roti free haha daaa~

Saturday, July 9, 2011

Dah Nak Balik

Assalammualaikum

Tak lama lagi dah nak cuti mid sem dah. And tak lama lagi my sis dari US pun dah nak balik. Tak sabar nak tunggu dia balik ni. At the same time, tak tahu nak mintak dia beli apa untuk saya dari US tu. Ape ek yang best kat US? Hurmm nak iphone ipad ipod lah.. Banyak cantek muka aku! haha

Anyone have any idea what to buy in US before my sister back to Malaysia??

Wednesday, June 15, 2011

Tak Sanggup Rasanya

Assalamualaikum

Tak tertahan lagi rasanya. Tak sanggup rasanya. Nak melangkahkan kaki ke kelas QMT 350. Bukan kerana subject killer yang digembar gemburkan oleh semua orang. Tapi... Ya Allah, masalah yang sama. Bilalah nak selesai. Dah penat rasanya. Dah tak larat nak hadapi lagi. Letih letih!

Walaupun aku tahu aku harus kuat untuk hadapinya. Demi masa depanku. Demi untuk agamaku. Bangsaku. Keluargaku. Demi degree in actuarial science. Aku tahu, aku tak harus mengalah kerana masalah yang sedikit ini. Mungkin ada orang lain yang lagi berat masalahnya.

Tabahlah wahai hati. Kuatkan dirimu. Jangan kerana masalah yang sedikit ini kamu mudah goyah. Kuatkan semangatmu. Kuatkan imanmu. Jangan nanti kerana masalah yang sedikit ini mennyebabkan kamu tinggal lama lagi di sini. Bersabarlah. Bersabarlah. Lagi dua semester saja lagi. Tumpukan perhatianmu pada pelajaran. Belajar! Belajar! Belajar! Ingat janjimu pada Ayah. Ya Allah, bantulah aku. Redhailah kehidupan ku, Ya Rabb. Amin Ya Rabb.






La Tahzan..

Thursday, June 9, 2011

My New Born Niece (2)

Saya nak balik rumah T____T Saya nak tengok niece saya. Imanina dan Adik nya. Sedih dengar cerita Ayah tadi. Iman nangis, mungkin jealous tengok tiba tiba ada budak kecik dok melekat je dekat Mama dia. Iman pun nak berkepit jugak dengan Mama. Adik nak susu. Iman pun nak susu. Pak Ngah pulak malam ni tak balik. Iman tak ada kawan nak bermain. Atuk dengan Nenek tak boleh nak buat apa apa. Cuma kena monitor Iman, takut dipukulnya Adik.

Tapi niat nak balik terpaksa ditunda atas sebab dah berjanji dengan kawan. Actually, tak berjanji lah. Tak cakap janji nak keluar pun. Tapi, mereka macam dah excited nak keluarkan. Lagi pun, tak sedaplah nak biarkan diorang keluar berempat je. Nak nak pulak saya memang selalu jadi driver diorang pun. Risau lah pulak nanti diorang keluar tanpa saya. Perempuan je pulak tu. Yelah saya pun perempuan jugak. Tapi lagi ramai kan lagi bagus.

Dah lah, tak nak pening pening kepala. InsyaAllah, next week saya balik tengok anak anak buah saya. Rindu mereka sangat sangat. Petang tadi Angah saya ada pergi hospital, jenguk Kak Long and Baby. Dia ada send MMS gambar baby. Sekarang, Baby dengan Mama dah ada kat rumah. Okaylah. Tengok jelah picture my niece okay. Satu jelah tapi. HEHE

It's baby girl

Wednesday, June 8, 2011

My New Born Niece

Jam 19 : 40 tadi Kak Long saya selamat melahirkan cahaya mata keduanya. It's baby girl! Padan muka Imanina. Semua orang dah tak nak layan dia dah HAHA ;p Nama belum diberi. Along dah upload picture dia kat mukabuku tadi. Tapi tak dapat nak save image pulak. So tak dapat lah nak tayang kat sini HEHE

Saya nak balik ke tak ye this week? Kawan kawan ada ajak pergi Ipoh. Macam mana ni? Dalam dilemma betul lah.

Ada lagi satu cerita, malam tadi saya sibukkan diri search pasal Nokia N8. Macam seronok jugak lah handphone tu. Macam suka jugak lah. Macam nak je terima offer Ayah nak belikan N8 hari tu. Tapi macam tak nak jugak. Macam nak tunggu Akak saya belikan tak phone baru untuk saya. Kalau dia balik tak bawak phone tu baru nak terima offer Ayah. Mana lah tahu jugak kan, dalam dalam nak tunggu dia balik, keluar pulak phone baru yang best the vogue ke kan.

Ni jelah celoteh saya malam ni. Pening kepala lah. Rasa nak tidur jer. Tapi macam susah nak tidur lately. Okaylah. Chooow!

Saturday, June 4, 2011

Iphone 4

Saya Nak iphone 4. Tu jelah yang saya mampu. Cakap nak jelah kan yang mampu. Nak beli memang belum lagi lah. Agak agak ada tak orang baik hati bagi satu kat saya HAHA =,=

Tengok tu, my baby ni macam memanggil manggil nama saya

Abang saya dah ada satu, saya bila lagi?

Putih ke Hitam ke, semua smart!

Merah itu tandanya WANTED, URGENT!
Eh! Penting ke benda ni semua? Okay tak. BYE! haha

Thursday, June 2, 2011

Diskriminasi

Entry saya kali ini agak berat. Sebab perkara ni bukannya selalu menjadi topik perbualan masa jalan jalan nak ke kelas atau masa kau orang chatting kat YM atau IM ataupun mesej mesej kat phone. Agak pelik lah bukan kalau satu hari kau orang check phone kawan atau boy/girl-friend sendiri, depa dok syok borak pasal dikriminasi.

Okay okay, kalau dikriminasi yang macam 'Mak pilih kasih, adik dapat gula kau orang tak dapat gula' atau 'Lecturer pilih kasih dengan student dengan membeza bezakan antara student kesayangan dengan student lain' tu lain cerita. Ni cerita serious wa cakap lu!

Okay intro panjang pun tak guna. Tapi hari ini saya ada terbaca kat mynewshub.my mengenai diskriminasi doktor terhadap pesakit HIV. Berita ini diceritakan sendiri oleh seorang pesakit HIV perempuan yang diarahkan untuk membawa perkakas sendiri seperti cawan, pinggan dll di wad selepas bersalin. Agak lah weyh. Baru lepas bersalin tu. Ingat tak senang ke? Tak sakit? Bukan salah beliau pun dapat penyakit tu.

Dikhabarkan daripada berita tu yang beliau dijangkiti HIV dari suaminya. Okay, even kalau salah beliau pun, tak patut buat macam tu. Doktor pulak tu. They should treat their patient equally. Lagi pun, doktor patut tahu cara jangkitan HIV tu macam mana. Tak perlulah membebankan pesakit dengan arahan yang rubbish tu. Masa mendapatkan rawatan keracunan makanan pun layan acuh tak acuh sampai bagi komplikasi buah pingang kepada beliau. Nasib baiklah tak kena saman. Kalau saya lah, dah kena saman dah doktor tu. Baru sedar sikit.

Kalau dah doktor sendiri layan pesakit HIV macam tu, macam mana nak jadi role model pada masyarakat. Tak pelik lah kalau masyarakat jugak layan pesakit HIV macam tu kan.

Kalau nak full cerita pasal berita ini boleh tengok kat sini. Sekadar berkongsi cerita, menambahkan ilmu, meningkatkan kesedaran diri. Jauhi kontroversi, tingkatkan prestasi. Hehe