Friday, April 29, 2011

Alhamdulillah, syukur

Tamat sudah semester 4 ni. Semalam paper last adalah paper MAT 263. Alhamdulillah, dapat jawab dan insyaAllah, jika ade rezeki lagi semester ni, dapat lah result yang memberangsangkan.

I'M HOME!! Sekarang tengah lepak atas katil kat rumah. Seronok. Tapi yang tak seronok nya adalah nak meng-unpack barang tu yang tak daya tu. HAHA. And dapat present dari ayah, uda and kak wawa. Dapat kamus digital and perfume body shop. Bertambah lagi koleksi perfumeku. Hehe seronok seronok.

Sebelum cuti hari tu, which mean masa nak exam MAT 263 tu, result hostel dah keluar. Alhamdulillah, saya dapat hostel lagi untuk semester hadapan, dibilik yang sama dan penghuni yang sama (:

Cuti dah mula. Bermula lah perancangan untuk hang out dengan sahabat sahabat, family. Nak pegi KL dulu ke JB??

Sunday, April 24, 2011

JANGAN TELAN PANADOL

Dalam sibuk sibuk nak final ni, adalah jugak masa nak jalan jalan kat muka buku.. Dan terjumpa satu cerita ni. Saja nak share lah. Sebab rasanya semua orang pun pernah je makan panadol kan.. Saya jarang jarang jarang lah nak makan panadol kecuali kalau memang nak giler punya pening. 


SEBUAH KISAH BENAR.... Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain. Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan. Alternative Treatment ( Tips ) Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman. Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda. Panadol adalah sejenis Painkiller? semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda.. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan. Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin? Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang Biasa?ini ke dalam mulut anda. p/s: serik la aku xnk telan benda ni lagi..apa komen korang.??

-___-

Although I am very quiet, in fact, I could get hurt ...
Although I laugh every day, in fact, my heart had once injured .....
Do not look at me like nothing had happened, in fact, I was very care about ....
Do not think you told me that every word, nothing, in fact, I care about .....
Do not think I do not talk to you, because I get angry, or have nothing to tell you, in fact,I'm afraid says the wrong thing ......
Although I smile at you, in fact, I just cried ....
Although I sat there seems to be happy, in fact, I need companionship ....
Although I kept talking with you, in fact, I think you know more about me and pay attention to me ....
Do not think that I am afraid of nothing, in fact, my heart is very afraid, need a hug ...
Do not think I said, "I hate you " is true, in fact, I love you ...

Tuesday, April 19, 2011

Hold My Hand


A little girl and her father were crossing a bridge.
The father was kind of scared so he asked his little daughter: 
"Sweetheart, please hold my hand so that you don't fall into the river." The little girl said:
"No, Dad. You hold my hand." 
"What's the difference?" Asked the puzzled father. 

"There's a big difference," replied the little girl. 
"If I hold your hand and something happens to me, chances are that I may let your hand go. But if you hold my hand, I know for sure that no matter what happens, you will never let my hand go." 

In any relationship, the essence of trust is not in its bind, but in its bond. So hold the hand of the person whom you love rather than expecting them to hold yours... 

credit to the writer which I dont know who is she/he..

Risau risau Risau

Saya rasa serba salah ni. Kat kawan saya. Or senang cerita pada peminat pink tu, yang saya ada post dalam entri sebelum ni.

Okay, firstly, saya dah mintak maaf kat dia.

Secondly, memang lah saya tak selesa nak belajar dengan dia. But I'm okay to be friend with her. She's good. She neither have any weakness nor perfection. She's just being herself.

Mungkin dia terasa dengan saya yang menyebabkan dia macam tu. 

Kepada diri sendiri = Tulah lah, lain kali, fikir dulu sebelum melakukan sesuatu. Even if we don't like something, it doesn't meant that it's bad for us. Same goes to the things that we cinta-sampai-mati. Cuba lah bersyukur sikit kan? Apalah saya ni. Terima je apa yang berlaku. Mungkin ada hikmah. So jangan rasa serba salah. Macam tu? haha Okay, exam menyebabkan penulisan merapik rapik dan melalut lalut.. Tengok tu, salahkan orang lain jugak. 

Oh! Dah la risau pasal final ni. Final please be nice to me! Please please please!

Monday, April 18, 2011

Oh lupa nak cakap, rupanya saya dah ada number phone dia sejak dari saya part 1 lagi.. Cuma saya tak save number tu guna nama dia. Saya pun tak tahu siapa guna siapa punya number. Tapi takkan dia letak number kawan dia kat "business card" dia, ye dak??hurrmmmmmm....

And lagi, saya dah mintak maaf dengan semua.. Termasuk "dia" tu sekali.. Alhamdulillah. At least kalau saya pergi dulu, tenang sikit hati saya. Walaupun saya tahu, ramai lagi orang yang saya belum mintak maaf..

Final Exam Makin DEKAT

Risau nya. Harap dapat laku kan yang terbaik kali ni. Alhamdulillah, for the past three semester, I got my Dean's List. Hoping that I can maintain my pointer though it hard to get. Kalau cincai bincai pun, at least don't make me repeat. That's all.
( Dekan dekan dekan!! haha )

Ya Allah, berikanlah yang terbaik untukku. Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku. Hanya padaMU aku berserah dan memohon pertolongan. Amin Ya Rabb..

Monday, April 11, 2011

Kalau lah Kamu Tahu, Kawan..

Beberapa hari ni, lepas dinner fakulti tu, saya dengar banyak cerita pasal "dia" ni. Roommate saya cakap dia dah lain. Ramah dah dengan orang sekarang. Dengan semua orang dia nak tegur. Sejak ber-couple ni. Kata roommate saya lagi, mungkin si jejaka tu yang cakap tak perlu nak gaduh gaduh, berbaik dengan semua orang, and mungkin macam macam lagi.

Roommate saya jugak suruh saya bertegur tegur dengan dia. Dia dah tak macam dulu. Ajak saya berbaik baik dengan dia, sedang sebelum ni saya tak pernah gaduh dengan dia.

Tapi tahukah kamu yang, dia tu tak pernah pandang saya?? Ye, mungkin dia bertegur dengan semua yang ada disekeliling saya. Tapi saya? Pandang pun tak, apa tah lagi nak tegur. Saya bagai halimunan di mata dia, tahu? Macam mana saya tahu? Saya pandang dia, tunggu hendak masa nak menegur dia pulak. Tapi dia pergi macam tu saja. Is it fair for me?

Ya Allah, mungkin saja saya ni banyak merungut. Melihat kesalahan orang saja barang kali. Tapi salah sendiri, tak dapat dilihat.

Wahai diriku ini, biarkanlah saja. Berdiam diri lebih baik dari berkata apa apa. Pada blog ini tempat untuk meluah rasa supaya terluah rasa hati. Pada Allah sahajalah tempat saya bergantung dan mengadu. Andai salah saya, saya terima sebagai balasan. Senyum, tak perlu kata apa apa. Tak semua orang boleh faham kita, tak semua orang yang kita boleh fahami mereka.

Ya Allah, apa salah hamba-Mu ini. Hatiku dah tak tertahan menanggung rasa yang sama. Adakah perluku hadapi perasaan yang sama pada 2 semester yang akan datang? Tabahkan lah hatiku ya Allah. Sesungguhnya aku menangis, merintih hanya padaMu. Tabahkanlah hatiku,  supaya tak terzahir tangisku di mata manusia.

Wahai diriku, belajarlah untuk menelan rasa. Kadang ia baik untukmu. Bukan semua benda kita boleh luahkan. Mungkin mereka masih mendengar luahan hati mu, tapi mana tahu hatinya dah bosan mendengar benda yang sama. OH! Aku rindukan sahabat sahabat ku....

Saturday, April 9, 2011

Nasib Baik Tak Pergi

Hari ni, kat muka buku dah penuh gambar mereka mereka yang pergi dinner malam tadi. Dengan tema wedding, semua nampak bergaya dengan dress masing masing. Ada jugak yang sederhana, berbaju kurung, berbaju jubah, dan semestinya ada yang bergaya dengan pakaian yang mereka sewa dan tempah. Kalau saya pergi mesti saya lah salah seorang yang mesti not in the list lah untuk menang queen of the night kan huhu Nasib baik tak pergi, memang tak ikut tema lah saya hehe

p/s: saya buat buat tanya kawan saya, sapa yang pergi dinner and apa pakaian mereka, rupa rupa nya, dia tak pergi dinner..

Memang Ada Niat Nak ke Sana

Semua orang mesti ada terdetik dalam hati nak menyambung pelajaran ke luar negara kan? Begitu juga saya. Tiap tiap kali nak tengok blog saya, saya mesti akan tengok statistics overview blog saya, and kadang kadang saya akan tengok traffic sources sekali. Yelah, walaupun saya tahu, blog ni tak popular pun. Sehari nak dapat orang view sekali pun payah. Tapi tak ape. Saya memang suka hati nak tengok (:

And tadi saya dapat viewer dari source ni lelakisetiakonon.nicepro.net


Pada mulanya saya terfikir mungkin ada blogger lain yang dapat terjumpa blog saya. Jadi saya pun, right click, open link in a new tab. Niatnya untuk melawat kembali blog tersebut. Alih alih yang keluar adalah laman web international University. Terkezutlah kan. Saya peliklah. Macam mana boleh jadi macam tu. Ada sapa sapa yang tahu tak hal hal macam ni? Boleh terangkan?


Tapi macam banyak lah info boleh tengok. Tu University kat UK. And ada jugak menawarkan course yang kemungkinan saya berminat nak amik masa degree nanti. 


Ni Gambar laman web tu

Antara course yang ditawarkan (:

Tak apelah, ade rezeki kat mana mana pun saya terima. Alhamdulillah kalau Allah dengar doa saya dan makbulkan impian saya. Tapi kalau tak, tak ape. Allah tahu yang terbaik untuk saya. Asal saya dapat sambung belajar dan dapat pekerjaan yang baik dan dapat tanggung kehidupan saya dan keluarga, tu dah terbaik dah (:

Friday, April 8, 2011

Risiko Memaafkan (:

Memaafkan itu indah
Memaafkan itu sedekah
Memaafkan itu mengundang Maghfirah-Nya
Memaafkan itu mengundang Rahmah-Nya

Memaafkan itu nikmat
Memaafkan itu lazat
Memaafkan itu melapangkan perasaan
Memaafkan itu melapangkan kesusahan

Memaafkan itu membuka pintu-pintu cinta
Memaafkan itu membuka pintu-pintu dunia
Memaafkan itu membuka pintu-pintu bahagia
Memaafkan itu membuka pintu-pintu surga

Memaafkan itu melepaskan masalah
Memaafkan itu melepaskan rasa susah
Memaafkan itu melepaskan rasa serba salah
Memaafkan itu melepaskan berbagai rasa resah

Memaafkan itu melancarkan pernafasan
Memaafkan itu melancarkan hubungan
Memaafkan itu menambah ketampanan
Memaafkan itu menambah kejelitaan

Memaafkan itu mengikhlaskan
Memaafkan itu menyehatkan
Memaafkan itu mendewasakan
Memaafkan itu mencerdaskan

Memaafkan itu membersihkan diri
Memaafkan itu mengundang rezeki
Memaafkan itu menenangkan hati
Memaafkan itu mengundang redho Ilahi



Sama samalah kita renungkan. Perbaiki diri. Kadang, memang susah nak memaafkan. Semoga Allah permudahkan bagi kita, insayAllah amin (:

Dinner

Bila sebut pasal dinner ni, mesti semua dah terbayang event dinner yang Fakulti or Course korang anjurkan kan? Hari ni, malam ni dinner untuk persatuan aku. Dan aku sekarang tengah sibuk duk menghadap muka buku dan sibuk meng-update blog aku. Tema dinner kami untuk semester ni adalah wedding. So ramailah yang sewa sana, tempah sana untuk dinner malam ni.

Aku tengok segak semua kawan kawan aku. Terasa pulak nak pergi dan berangan angan yang akan ada orang datang jemput bawak aku pergi dinner. haha Berangankan? Seronok bila berangan ni. Tapi bila dah sedar, memang rasa menyampah kat diri sendiri sebab berangan yang tak masuk akal. haha

Tadi aku jadi make up artis untuk roommate aku, Atun and course mate aku, Azura. Seronok tengok depa bersiap bagai. Segak segak naa.. Menyesal pulak tak pergi sebab tiba tiba aku dapat tahu yang dia pergi dinner tu. Nampak sangat memang tak ada jodoh kan.Aku nak tahu sangat dia pakai baju ape. Aku pesan kat Atun and Zura, nanti amikkan gambar dia. Tapi diorang tak tahu pun aku suka ke tak ke pe ke. Sebab aku suruh amik gambar semua orang, banyak banyak.

Apa apa pun, have fun lah sapa sapa yang pergi dinner tu. Enjoy yourself but don't over react. Remember who we are. Nak bergembira lelaki perempuan, gelak tawa ada batasnya.

Tiba tiba terfikir, bagus jugak tak pergi dinner. Dapat elakkan zina hati. Ya Allah selamatkan lah hambaMu ini. Andai dia jodoh untuk aku, dekatkanlah. Andai tak, jauhkanlah hatiku padanya. Permudahkanlah aku untuk menerimanya. InsyaAllah, amin..

Berita Baik

Hari ni baru dapat berita dari lecturer. Tapi ni pun tak sure betul ke tak. Kuiz QMT dah dibatalkan. Sebabnya dah tak sempat nak buat dah. Next week dah nak test. Lepas tu, dah nak final. Memang tak lah kan.. Haiyoo.. sem ni rasa macam cepat dan kelam kabut. Tak tau lah sebab dah join Pengakap ke pe..

Tapi semester ni rasa lain sikit. Sebab, kalau bila masa tak busy tu, memang tak ade benda langsung nak buat. Kalau tiba tiba minggu tu ada kuiz, test, time tu jugak lah nak ada event itu ini, camping itu ini. Macam hari tu, ada Festival Pengakap Laut. Dalam minggu tu jugak, parents datang nak jumpa. Minggu tu jugak ada kuiz, test bagai. Memang seronok lah kan huhu seronok sebab parents datang je (:

Hari ni dapat satu input. Yang membuat saya tersedar. Betul cakap Miss QMT saya. Sepatutnya, dalam sehari, kita mesti review or study setiap subject 1 jam. Kira semester ni saya ada 4 subject, so satu hari saya belajar 4 jam untuk 4 subject tu. Kira nanti, tak adalah bila masa nak kuiz, test masa tulah nak study bagai nak rak. Memang hanguslah kan huhu

Walaupun semester ni dah nak tamat dah, tapi tak apa. Input ni boleh saya gunakan lagi untuk semester yang akan datang. Memang sangat berguna. Thanks, Miss.

Wednesday, April 6, 2011

Saya Tak Suka

Okay hari ni ada jumpa dengan dia. Lepas dah dekat satu semester kenal, baru hari ni nak tanya nama. Lepas tu cakap nama lain pulak tu. Kasi and Basi tak sama okay. Simah and Sirah lagi lah. Tapi nak jugak menang kan. Amiklah..

Tapi, ada satu benda yang i don't really like today. Saya tak suka bila saya suka kat seseorang tu, orang lain boleh tahu or nampak saya suka kat seseorang tu. Oh! behave lah sikit diri sendiri ni. Kalau ye pun suka, janganlah obvious sangat. Nak nak pulak orang yang saya suka tu, yes of course takkan suka kat saya. Jauh pangang dari api orang cakap. Kalau nak berangan, boleh lah. Tapi tak apa saya suka berangan. huhu

Dia suka pakai perfume banyak banyak, I guess, sampai kadang kadang lalu sebelah pun boleh bau. Dah boleh tahu dah tu perfume dia. Tapi saya suka bau dia. Tak kuat sangat, just nice. Tapi bau sikit sikit jer. Tak boleh lah nak bau jer. hehe AND and and bau dia sampai boleh melekat kat buku saya. Baru saya tahu. Padan lah buku saya yang satu tu wangi semacam jer. Tanya kawan baru lah tau tu bau perfume si dia hahaha

Ye ke? Baru tahu

Baru aku tahu koya tu dalam bahasa Kelantan maksud dia mengelamun.
Tapi sebelum ni macam ada orang pernah bagitahu aku maksud dia.. Tapi kenapa tak ingat ekk??

Test.. Test.. Test..

Okay.. ini bukan nak testing.. testing.. 1, 2, 3 macam nak betulkan microphone tu. Ini adalah iklan untuk test test dan kuiz kuiz yang bakal dating dengan saya untuk beberapa minggu ni.
 Test MGT 160 ( 6 April ) - which is dah sudah.. baru saja selesai menjawabnya tadi. Okay but i'm not sure with my answer.
 Test CSC 125 ( 11 April ) - chapter looping until array. Kadang faham, tapi bila time nak buat program kadang dapat, kadang tak.
 Test MAT 263 ( 12 April ) - for chapter 4( linear transformation )  and 5( eigenvalues and eigenvectors ). Hoping for good result for this subject this semester.
 Test QMT 220 ( 14 April ) - tak tahu masuk apa. Risau, final nak dekat. Tapi chapter 5 pun tak belajar lagi. Yang saya tahu, hari ini birthday kawan saya.
 Kuiz CSC 125 ( 7 April ) - chapter Array. Harap dapat jawab dengan baik.
 Kuiz QMT 220 ( MIA ) - undefine -.-

Monday, April 4, 2011

Mak.. Ayah..

ayah, be patient for few years.. if god wills, i can get proper job.. i'll take care both of you and mak.. all i want now is blessing from you and mak.. pray for me.. pray for me.. always remember me if i forgot my responsibility.. i know i cant be the perfect daughter for u and mak.. but i will try.. insyaAllah..

I LOVE BOTH OF YOU..