Friday, December 31, 2010

KetibaanKU Di Perak

Hari ni, pukul 9 lebih tadi bertolak dari Melaka ke Perak. Dalam pukul 2 tadi tiba di Perak. Check in dekat Homestay Taman Maju. Kemudian saya pergi hantar BARANG-BARANG saya di Kolej Pasir Salak. Barang-barang tu memang perlu di caps lock kan sebab barang saya macam boleh muat satu lori. Dengan berat nya tak payah cakap lah haha

Ketibaan saya di sana disambut oleh pak guard yang tersenyum gembira saya telah pulang (perlu ke weyh??). Dan suasana kolej tadi sangat lengang macam saya sorang je manusia kat situ. Nasib baik ada mak dan ayah hehe Saya lihat ada sesutau yang baru di situ, yang sangat tak perlu kot nak mention kat sini haha Tapi nak tulis pun boleh. Iaitu pihak kolej telah menggantikan kain langsir yang baru untuk bilik saya (semua orang pun dapat kottt)

Lepas je berpenat lelah dan peluh telah merembes keluar seperti air terjun dan telah membasahi baju terutama di bahagian iteww hehe, kami pulang ke Homestay. Masa tiba tu ada satu kereta jiran di depan pagar Homestay tu, so ayah tak dapat nak perking kat dalam la. Kebetulan jiran tu tengah borak dengan jiran sebelah tu, nampak kami nak masuk. Nak dijadikan cerita, dia telah memanggil anak kot( or maybe adik dia kot ) indentiti beliau tidak dapat dipastikan.

Tapi yang pasti si dia tu telah membuat saya cair di siteww dengan senyuman yang telah dilemparkan ikhlas untuk saya (jangan perasan!haha) *melting* Kalau macam ni, duduk homestay ni sampai habis semester ni pun saya sanggup asal dapat tengok muka si dia yang handsome tu. OMG! Budak gatal ni telah mengintip si dia dari bilik tidur weyhhh Tak pernah pernah budak baik ni buat macam tu. OH si dia memang telah mengubah diriku! HAHA Emang dasar betul la budak ni

Tolong lah, saya single lagi ni so bagi la kesempatan sikit. Saya akan pastikan lain kali ayah akan book Homestay Taman Maju, No 22 Jalan Setia 1 lagi. Sapa sapa yang akan atau bakal atau ingin duduk kat Homestay ni saya nak ingatkan, si dia yang handsome kat sebelah ni sudah berpunya ya HAHA (bila masa kau declair pun aku tak tahu haha) Rasa macam nak pergi mengintip dia lagi la (memang GATAL!!)

No comments:

Post a Comment