Orang dulu-dulu cakap, kita mengalami ulser mulut ni sebab mulut kita ni jahat. Selalu mengata orang, mengumpat. Puas lah dulu masa kecik-kecik tiap kali kena ulser ni, fikir “aku ni ade mengata sape-sape ke?”. Punyalah percayakan. Sekarang, mari kita tengok punca sebenar kenapa ulser mulut dok ada ja kat mulut kita selama ni. Salasilah depa la kira nya.
Ulser mulut ni biase nyer dok ada kat mulut kita ni kira dalam seminggu lah. Biasanya kalau kita makan-makan, terkena kat tempat yang ade ulser tu, meraunglah jugakkan. Ulser mulut ni biasanya berwarna putih atau kekuningan dikelilingi oleh kemerahan.
Punca ulser mulut ni tak dapat diketahui. Tapi mungkin sahaja disebabkan oleh :
- Stress
- Perubahan hormone
- Jangkitan
- Kekurangan zat makanan, dll.
Anda semua boleh klik sini untuk mengetahu lebih lanjut pasal ulser mulut ni.
Mase tengah jalan-jalan kat Mr. Googgle, saya carilah tips untuk ulser mulut ni. Macam-macam ada. Ada yang suruh guna asam keping.
Tapi kalau macam saya, saya gunakan antiseptic jer contoh macam Listerine. Pedih sikit lah. Ada yang suruh guna garam. Tapi saya tak tahan. Pernah sekali cuba, baru letak sebutir garam yang kecik tu pun dah berair mata, ni kan pulak kalau letak banyak kan. So, alternative nye saya buat air garam dan kumur. Atau pun, nak senang pergi klinik, nanti doctor akan bagi oral aids. Cepat jugak sembuh. Mama pulak pernah cadangkan guna Bongela. Saya nak cuba, tapi asal nak beli jer, ade saja halangan. So tak tahu lah keberkesannya. Tapi, kalau dah mama yang suggest-kan biasa nya menjadilah kan.
Korang semua yang ada pengalaman kena ulser mulut ni mesti ada cara tersendiri untuk legakan sakit ni kan, so apa kata share dengan semua. Sharing is caring kan?
sakitnyerrr
ReplyDelete