Saturday, January 22, 2011

Pilih Kasih? Double Standard?

Dah dekat sebulan saya kat bumi Perak ni. Ceh gaya cakap macam orang belajar luar negara je. Bla lahh haha. And nothing much happened. Just, a little problem yang I rasa tak pernah ada or I je yang tak perasan dan tak tahu. Mungkin saya masih baru lagi dalam dunia University ni.

Pernah tak korang semua menghadapi masalah di mana lecturer tak menyukai studentnya? Atau dalam kata lain, pilih kasih, berat sebelah macam tu.

Now I'm in that situation. Di mana saya tak dapat nak menghadam segala yang diajar oleh lecturer itu sendiri. Ilmu tak sampai pada kami. Kami? YUP, not me alone. Me and my friends. Four of us. Seperti di anak tirikan.

It's true we're not that intelligent as theirs. Yes it's true. That's why we go to this University. To gain knowledge. To know the world. To get long with others. To know the meaning of life. Even my English is still bad. Lots of things I've to learn. But now, I'm very curious. Curious pasal ketulusan hati seorang pendidik itu sendiri. Oh Kerana nila setitik ni, rosak susu sebelanga. Siapa lah saya nak meragui atau menilai ketulusan hati seseorang tu. Saya pun manusia biasa.

Saya tak pernah nak kurang ajar, mengatakan pendidik anak bangsa seperti itu. Dalam fikiran saya sebelum ini, semuanya baik tentang mereka. Tak kira dipanggil guru, cikgu, teacher, sir, miss, madam, prof. They are all the same. Even my dad is also a teacher. And I'm proud of it. I love you ayah. More than word can describe. Mereka mendidik anak bangsa, menjadi orang berguna. Banyak jasa yang ditabur mereka. Kerana mereka jugak lah saya seperti saya hari ini. Terima Kasih cikgu kerana mendidik saya.

Argh! Pedih hati ni nak mengatakan. Pilu rasanya. Tak sampai hati rasanya nak publish post ni. Terasa diri ni hina tak menghargai pendidik anak bangsa! Terasa panas di hujung mata. Tapi saya nak meluahkan perasaan. Tak tertahan lagi rasa hati ini.

Adakah seorang lecturer boleh tak suka student sendiri hanya kerana ada sekumpulan studentnya mengadu domba pada dia? Begitukah etika kerja seorang guru atau pendidik? Ye saya faham, cikgu, lecturer adalah manusia juga. Tapi dalam situasi begini, patutkah seorang pendidik menilai studentnya dengan bad impression yang didengari dari mulut orang lain? Tanpa memberi peluang kami membela diri? It's very unfair. TOTALLY UNFAIR!

Come on. Hal budak-budak lecturer masuk campur. Malu la weyh. Siap sindir sindir bagai dalam kelas. Apa kes? Saya dah besar, boleh tahu samada orang itu menegur atau menyindir. Drop course? For the reason yang tak munasabah? And what I'm gonna say to my parents? Tak suka lecturer? Sapa yang tak suka sapa? Sekarang dah kat University. Tempat duduk dalam kelas bukan lagi zaman kanak-kanak ribena kena cop awal tahun permenent sampai hujung tahun.

Hal kecik macam ni lecturer pun nak kecoh ke? Kenapa? Sebab kami kacau group student kesayangan ke? Grow up lah. First come, first serve. Nak duduk depan, datang awal lepas subuh terpacaklah kat fakulti duduk la sampai dahi cecah whiteboard sekali I don't care. Kalau dah datang kelas lambat, lepas tu nak mengharap dilayan macam VVIP disediakan tempat duduk kelas pertama, I'm very sorry la. Don't expect such thing from me.

I'm not that kind of evil person, but don't teach me to be rude. Don't teach me how to be bad person. Cause, once I am, no one can stop me.

I'm very sorry. This is... Urgh! My anger told me to post this. I just can't stand it anymore T______T

Ya Allah, tabahkan lah hati hambaMU melalui ujian yang Kau berikan padaku. Permudahkanlah ya Allah.. Amin ya Rabb..

No comments:

Post a Comment